ICT Dalam Pendidikan
Pendidikan ICT Di Malaysia
ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
Tuesday, 13 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga-moga impian KPM tercapai...melalui bantuan guru-guru...
ReplyDeleteBagi mencapai impian KPM, Guru memainkan peranan penting menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru itu haruslah mempunyai literasi komputer dan maklumat dan sentiasa bersikap mengejar pengetahuan ICT dan Maklumat yang terkini.
ReplyDeleteBukan satu perkara yang mudah untuk mencapai hasrat Literasi komputer untuk semua pelajar memandangkan masih terdapat ramai pelajar yang tidak ada komputer di rumah. Tambahan lagi, terdapat sekolah-sekolah yang berada di pendalaman yang tidak ada makmal komputer. Oleh itu banyak usaha perlu dicurahkan lagi sebelum semua pelajar celik literasi komputer.
ReplyDelete